Skip to main content

Keputusan Seri Buat Tan Cheng Hoe.

Assalamualaikum geng bolalism! Haa, sekarang aku nak kupas tentang perlawanan antara Malaysia dan Mongolia. Sebelum perlawanan mula,kalau kita lihat dari segi kelebihan, Malaysia miliki kemampuan untuk menewaskan skuad Mongolia. Apa yang kita tahu, dengan kehadiran jurulatih baru iaitu Tan Cheng Hoe memberi nafas baru untuk malaysia menggantikan Nelo Vingada . Okay aku taknak cerita panjang , secara kesuluruhan Malaysia dapat menguasai perlawanan dengan baik . Di mana kita tengok pada separuh masa pertama , Mahali Jasuli telah memberi tekanan kepada pihak lawan sehingga memberi peluang kepada Fadhli Shas untuk menjaringkan gol pertama untuk Malaysia . Dan Malaysia terpaksa menelan kepahitan dimana Mongolia menjaringkan gol untuk merapatkan jurang pada kedudukan terikat 1-1 . Separuh masa pertama memperlihatkan ketumpulan jentera serangan . Okay tamat separuh masa pertama.

Mula separuh masa kedua , Mahali Jasuli telah ditukar oleh Akhyar Rashid .  Permainan mula dengan rancak di mana Malaysia dan Mongolia saling menyerang. Hasil daripada susunan hantaran malaysia yang kemas, Malaysia kembali mencengkam dengan jaringan kedua Akhyar Rashid. Selang beberapa minit, Mongolia dihadiahkan sepakan percuma hasil kekasaran yang dilakukan . Malaysia dihukum dengan jaringan penyamaan skuad Mongolia. Serangan dipamerkan kedua dua pasukan selepas itu namun masing masing buntu dan tiada jaringan yang terhasil sehingga tamat permainan. Aku selaku rakyat marhaen berasa agak kecewa dengan keputusan ini sebab Malaysia tewas kali ke 17 berturut turut . "Homework" perlu dilakukan Tan Cheng Hoe dengan rapi utk game akan datang agar kemenangan mampu dijelmakan buat skuad negara. Harapan aku dan rakyat Malaysia tinggi utk skuad bola negara.ayuh Malaysia!

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Bola Sepak Malaysia

Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaysia atau Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920 dengan pimpinan Andrew Caldecott, gabenor Hong Kong dari 1935 hingga 1937. Sejak detik itu, aktiviti bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM dan semakin banyak rakyat yang gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia) dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap kebangkitan "Bola Sepak Kebangsaan", maka Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya dibangunakan pada 1993 hingga 1998 Sempena Sukan Komanwel 1998 yang telah memperhebat dunia bola sepak di Malaysia. Andrew Caldecott 20 tahun selepas Andrew Calcedott meninggal dunia pada 1951, banyak pemain pasukan Malaysia yang mewakili Malaysia dalam kejohanan Malaysia dalam kejohanan Malaysia. Mereka ialah Mokhtar Dahari ( pemain terbaik di asia dan pemenang bola emas AFC), Hassan Sani, Isa Bakar, James Wong. Gambar ketika se...

5 Pemain Import Terbaik di Liga Malaysia

Harini aku akan listkan 5 pemain import terbaik di Liga Malaysia. Sebenarnya ramai je yang power tapi aku hanya list 5 sahaja. 1. Marlon Alex James   Buat fans kedah mesti korang kenal player import ni kan? Pemain kelahiran negara St Vincent and The Grenadines ini mencipta nama di Liga Malaysia. Memulakan karier beliau bersama kelab Selangor Mk Land pada 2004. Selepas itu, beliau berhijrah ke kedah pada tahun 2006. Masa karier beliau di Kedah, nama beliau naik secara mendadak apabila beliau membantu Kedah juara 'treble' 2 kali berturut-turut.  Selepas itu, Beliau pulang ke tanah air kerana FAM telah membuat peraturan 'mengharamkan player import' pada masa itu. Selepas FAM telah membatalkan perjanjian tersebut, beliau kembali ke Malaysia dengan menyarung jersi kelab Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Rekod beliau bersama kelab ATM agak cemerlang apabila beliau berjaya membawa kelab ATM menjadi juara Liga Perdana. Sekali gus, ATM terus ke kancah Liga Super. 2. Fa...

Terima Kasih TMJ!

Pada 15 Mac 2018, Tuanku Mahkota Johor (TMJ) secara rasmi telah meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden FAM. Pengumuman beliau itu dibuat melalui laman facebook Johor Southern Tigers. Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Presiden FAM disebabkan atas faktor kejatuhan ranking bolasepak Malaysia. FIFA telah mengeluarkan ranking terbaru dimana Malaysia menduduki ranking ke 178. Sebelum itu, ranking Malaysia menduduki ranking ke 175 pada bulan lalu. Tetapi, dibawah kendalian beliau sebagai presiden FAM banyak membuat perubahan positif kepada bolasepak tanahair. Seperti, mengubah struktur bolasepak Malaysia menjadi lebih baik. Selain itu, berkerjasama beberapa syarikat penaja untuk menaikkan martabat bolasepak Malaysia dan membina pelan jangka masa panjang dengan berkerjasama dengan La Liga. Pada masa yang sama, skuad Malaysia B-23,B-19,B-16 buat pertama kalinya dalam sejarah bolasepak Malaysia apabila mewakili kejohanan tertinggi asia iaitu AFC. Akhir  kata ,...