Harini aku akan listkan 5 pemain import terbaik di Liga Malaysia. Sebenarnya ramai je yang power tapi aku hanya list 5 sahaja.
1. Marlon Alex James
Buat fans kedah mesti korang kenal player import ni kan? Pemain kelahiran negara St Vincent and The Grenadines ini mencipta nama di Liga Malaysia. Memulakan karier beliau bersama kelab Selangor Mk Land pada 2004. Selepas itu, beliau berhijrah ke kedah pada tahun 2006. Masa karier beliau di Kedah, nama beliau naik secara mendadak apabila beliau membantu Kedah juara 'treble' 2 kali berturut-turut.
Selepas itu, Beliau pulang ke tanah air kerana FAM telah membuat peraturan 'mengharamkan player import' pada masa itu. Selepas FAM telah membatalkan perjanjian tersebut, beliau kembali ke Malaysia dengan menyarung jersi kelab Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Rekod beliau bersama kelab ATM agak cemerlang apabila beliau berjaya membawa kelab ATM menjadi juara Liga Perdana. Sekali gus, ATM terus ke kancah Liga Super.
2. Fandi Ahmad
Siapa saja tidak kenal pemain kelahiran Singapura ini. Pemain bekas legenda Singapura ini pernah dianugerahkan kasut emas ketika bersama kelab Kuala Lumpur pada tahun 1988. Dua kelab beliau pernah berkhidmat iaitu Pahang dan Singapura (pada ketika itu.) Beliau juga pernah bermain perlawanan persahabatan diantara pilihan Selangor vs Boca Junior. Diego Maradona turut bermain pada perlawanan itu.
Nama beliau terus gah di kancah bolasepak apabila dilamar oleh kelab Belanda divisyen 1 iaitu Groningen FC. Memori terindah bagi beliau ialah beliau pernah menjaringkan gol menentang Inter Milan pada kejohanan terbesar eropah iaitu Liga juara-juara eropah (UCL).
3. Bambang Pamungkas
Nama beliau sentiasa diingati oleh penyokong Selangor kerana jasa beliau bersama Selangor amat bermakna. Mempunyai kelincahan yang tersendiri dan penyudahan yang sangat tajam dihadapan gawang gol. Selangor FA mentandatangani beliau pada tahun 2005 bersama rakan senegara beliau iaitu Ellie Aboy. Beliau telah membawa Selangor juara treble pada ketika itu. Rekod beliau bersama Selangor amat baik. Mempunyai kaps 41 perlawanan dan 43 gol. Beliau telah meninggalkan Selangor pada tahun 2007.
4. Alan Davidson
Bekas legenda Pahang yang berkelahiran Australia ini, pemain yang boleh dikategorikan pemain 'versatile'. Boleh bermain di sayap kanan atau kiri dan juga bermain dibahagian tengah. Beliau telah membawa Pahang menjuarai Liga Malaysia dan Piala Malaysia pada tahun 1992. Beliau juga mempunyai rekod yang cemerlang bersama negara beliau iaitu Australia. Mempunyai 51 kaps bersama Australia.
5. David Evans
Bekas pemain Sarawak yang berketinggian 6 kaki 6 inci ini mempunyai 100 kaps bersama Sarawak. Justeru, dilabel sebagai pemain yang paling lama di Liga Malaysia. Kelebihan ketinggian beliau dapat banyak menjaringkan gol melalui dari gol 'set piece'. Beliau telah meninggalkan Sarawak kerana FAM ketika itu juga 'mengharamkan' pemain import. Jasa beliau bersama Sarawak sudah terpahat di minda penyokong Sarawak.

Comments
Post a Comment